ANIQAH KELUARAN OKTOBER





Anzalna
Erti malam pertama bagi Anzalna
BAKAT dan kelebihan dimiliki gadis manis, Nur Anzalna Md Nazir atau mesra dipanggil Anzalna terus mendapat perhatian pengarah dan penerbit tempatan. Rupa paras memikat umpama tiket dan kelebihan yang dimiliki pelakon berusia 24 tahun ini untuk terus mewarnai persada seni tanah air. Akui masih mentah dalam bidang hiburan, Anzalna bersyukur kerana tidak menang tangan menerima tawaran berlakon. Walaupun dihimpit kontroversi, keadaan itu tidak mematahkan semangatnya sebaliknya Anzalna mengambil langkah positif untuk terus maju ke hadapan.
“Setiap individu perlu meningkatkan pemahaman dan menghayati erti sebuah perkahwinan dan kekeluargaan. Lengkapkan juga diri dengan persediaan dan bimbingansebelum berkahwin.”
“Percaya tak yang mama Anzalna kahwin pada usia 18 tahun dan abah pula ketika itu berusia 24 tahun. Walaupun masih muda, mereka saling membantu dan bertolak-ansur dalam mengharungi bahtera perkahwinan sehingga sekarang. Sikap itu amat Anzalna kagum,” katanya.
Penyeri Malam Pertama
“Malu Anzalna dibuatnya. Bagi Anzalna, soalan ini perlu dibicarakan secara tertutup dengan individu yang rapat seperti mama. Malah didikan mama yang menjadikan anak-anaknya sebagai kawan, pasti memudahkan kami untuk berbicara mengenai perkara ini. Sudah tentu persediaan malam pengantin adalah penting kerana meliputi persediaan mental dan fizikal. Ia bukan hanya membabitkan perhubungan seksual tetapi kebersihan, komunikasi dan paling penting adalah cara yang sesuai untuk kita melayan pasangan. Ini sebagai tanda kita menghargai pasangan,” jelas Anzalna.


Cerita selanjut di Majalah Aniqah keluaran Oktober 2012




No comments:

Post a Comment