Peluang Menjadi Usahawan Emas

Saudagar Emas Trading adalah merupakan Master Dealer
T & T Gold and Silver Sdn Bhd yang menawarkan peluang kepada individu dan syarikat yang berminat, untuk menjadi usahawan mereka dengan modal yang sangat berpatutan.
Berdasarkan pengalaman, peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.
Setelah beberapa tahun bergiat dalam perniagaan emas dan perak dengan jalinan berjasama dengan beberapa syarikat sebelum ini, kini, dalam usaha memberikanproduk dan perkhidmatan yang terbaik untuk semua usahawan, bakal usahawan, pelanggan dan bakal pelanggannya, Saudagar Emas Trading mempelawa kepada semua yang berminat untuk menceburi perniagaan emas dan perak secara online dan offline ini bersama Rangkaian Usahawan Saudagar Emas dan T & T Gold and Silver Sdn Bhd.
(Sekarang dengan hanya RM20,000-00 RM3,300-00 sahaja anda layak bergelar Saudagar Emas!
Jika sebelum ini, modal yang diperlukan untuk mendaftar sebagai usahawan emas dan perak bersama Saudagar Emas Trading adalah tinggi, iaitu antara RM20,000-00 hingga RM45,000-00 menyebabkan ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi perniagaan emas dan perak yang sangat menguntungkan ini, kini dengan promosi yang sedang kami jalankan, anda layak menjadi Saudagar Emas dengan harga mampu!
T & T Gold and Silver Sdn Bhd telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan pembelian mana-mana produk T & T serendah hanya RM3,300-00 sahaja, anda sudah layak menjadi Junior Dealer T & T dan boleh memulakan perniagaan emas anda sendiri! Tanpa sebarang yuran pendaftaran!Modal sebanyak RM3,300-00 tersebut adalah untuk belian mana-mana  produk emas dan perak T & T seperti berikut:
Gold Bar
1.  Gold Bar 2gm,
2.  Gold Bar 5 gram,
3.  Gold Bar 10 gram,
4.  Gold Bar 20 gram.
Dinar Jewellery
1.  Dinar Jewellery 1 dinar,
2.  Dinar Jewellery 2 dinar,
3.  Dinar Jewellery 3 dinar,
4.  Dinar Jewellery 4 dinar,
5.  Dinar Jewellery 5 dinar, 
6.  Dinar Jewellery 10 dinar,
7.  Dinar Jewellery 15 dinar.
Silver Bar Minted
1.  Silver Bar Minted 5 gm,
2.  Silver Bar Minted 10 gm,
3.  Silver Bar Minted 20 gm,
4.  Silver Bar Minted 50 gm,
5.  Silver Bar Minted 100 gm,
6.  Silver Bar Minted 250 gm,
7.  Silver Bar Minted 500gm,
8.  Silver Bar Minted 1kg.
Silver Bar Casted
1.  Silver Bar Casted 100gm,
2.  Silver Bar Casted 250gm,
3.  Silver Bar Casted 500gm,
4.  Silver Bar Casted 1 kg.
Produk kami akan ditambah lagi dari masa ke semasa bagi memenuhi kehendak pasaran.  Ini akan memberi kelebihan kepada para usahawan dan pelanggan kami.
Dengan menjadi usahawan Saudagar Emas, anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran T & T seperti:
1. Gold Bar 2 gram hingga 20gm

 
2. Dinar Jewellery (1 Dinar hingga 15 Dinar)
 
3. Silver Bar Minted 5 gram hingga 1 kg.

4. Silver Bar Casted 100gm hingga 1 kg.
Kesemua produk T & T adalah emas dan perak pelaburan. Senang dijual. Kalau di simpan saja pun, sangat menguntungkan juga!
Kelebihan Produk Medina Series T & T
1.  Pilihan terbaik dalam simpanan dan pelaburan Emas/Perak
2.  Produk buatan Malaysia
3.  Mempunyai Sijil Ketulenan
4.  Teknologi minting 3D terkini dengan kemasan yang sempurna
5.  JAMINAN BELIAN BALIK (BUYBACK)
6.  Packaging yang sangat menarik
7.  Sesuai dijadikan hadiah
8.  Pilihan dominasi 2 gram - 1 kilogram
9.  Nilai Emas/Perak mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus meningkat!
Kelebihan menjadi Dealer T & T

1. Daftar PERCUMA tanpa sebarang Yuran Pendaftaran.
2.  Produk T & T sangat senang dijual. Ini kerana T & T menjual emas dan perak pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
3. Terdapat 3 pakej pilihan sebagai usahawan iaitu:


Junior Dealer :  Dengan pembelian mana-mana produk TnT bernilai minimum RM3,300-00 anda layak menikmati komisen antara 1% hingga 3%
Senior Dealer :  Dengan pembelian mana-mana produk TnT bernilai minimum RM15,000-00 anda layak menikmati komisen antara 2% hingga 5%
Master Dealer :  Dengan pembelian mana-mana produk TnT bernilai minimum RM50,000-00 anda layak menikmati komisen antara 3% hingga 8%!
 
4.  Produk T & T tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.

5.  Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh membeli daripada T & T.

6.  Pamplet promosi disediakan oleh syarikat bagi memudahkan dealer membuat promosi. 

7.  Komisen realtime yang telus dimana, anda dapat melihat komisen yang diterima hasil jualan anda dan rangkaian anda pada waktu semasa, bukan pada hujung bulan dan pada bulan berikutnya.
8.  Komisen pengenalan walaupun anda hanya mendaftar percuma sebagai pelanggan sahaja dan masih belum membuat sebarang pembelian!
Anda boleh juga mendapat keuntungan sehingga 30% bagi produk tertentu.  Strategi ini akan ditunjukkan kepada berminat menjadi dealer.  Selain itu, dealer akan diberikan teknik-teknik lain untuk memaksimakan keuntungan perniagaan emas dan perak ini.
Kelebihan Menjadi Agen Melalui Saudagar Emas Trading.
Saudagar Emas Trading mempelawa kepada yang berminat menjadi usahawan emas dan perak dari seluruh Malaysia untuk bersama kami. Berikut adalah tawaran kami:

1. Nama anda akan dipaparkan di web www.SaudagarEmas.com dan rangkaian web emas dan peraknya yang lain.
2.  Promosi  percuma web anda sekiranya anda memiliki laman web sendiri.  Ini adalah cara terkini dalam mempromosikan perniagaan anda dan amat digalakkan. 










3. Sampul Saudagar Emas eksklusif sebanyak 50 keping yang sesuai sebagai sampul produk kepada pelanggan dan boleh juga digunakan sebagai sampul duit raya juga!
4. Dan lain-lain lagi yang akan diumumkan kelak.
Ikuti langkah pendaftaran Pertama DAN Kedua berikut: 
Kaedah Pendaftaran Percuma Pertama:
1. Isikan borang pendaftaran di www.tntgoldsilver.com
2. Pada ruang Introducer' Username, masukkan TNT000001
3. Klik 'Register" dan anda telahpun didaftarkan sebagai Ahli T & T.
4. Buat belian sekurang-kurangnya RM3,300-00 dalam 1 resit untuk melayakkan anda menerima komisen.  Belian kurang dari RM3,300-00 juga dibolehkan tetapi anda akan dikategorikan sebagai pelanggan sahaja.
5. Bagi anda yang membuat belian mana-mana pakej, maklumkan kepada Saudagar Emas Trading melalui talian 013-385 2367 dengan sms Nama, Kawasan dan No Hp untuk tujuan promosi ke semua web Rangkaian Saudagar Emas.
Kaedah Pendaftaran Percuma Kedua:
1.  Isi borang pendaftaran Percuma di www.SaudagarPerak.com 
2. Masukkan username pengenal anda di ruang introducer.
3. Kini anda mempunyai web replika anda sendiri untuk tujuan promosi
4. Anda akan terima makluman/promosi/aktiviti Rangkaian Saudagar Emas dari masa ke semasa.

Kesimpulan.
Ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri.
Jika anda mempunyai modal serendah RM3,300-00 dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi dealer T & T merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana.
Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi kami.
Jika anda berminat menjadi usahawan Rangkaian Saudagar Emas, anda boleh hubungi Saudagar Emas Trading di talian 013-385 2367 atau email keinfo@saudagaremas.com

MAJLIS KORBAN PERKIM BERSAMA MUALAF


GAMBAR 1
Peserta bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong dalam aktiviti melapah daging korban.

 GAMBAR 2 
Lembu yang sedia untuk dikorbankan.
  
GAMBAR 3
Petugas memotong bahagian-bahagian lembu untuk diagihkan.

 GAMBAR 4
Sulaiman (kiri) bersama petugas korban mengasingkan daging dari tulang.
 GAMBAR 5
Kerjasama yang dilakukan oleh penduduk setempat dalam aktiviti melapah, memotong dan mengerat daging korban.
 GAMBAR 6
Petugas (kiri) menyampaikan daging korban kepada Saudara Muslim.
 GAMBAR 7
Ustaz Sabri Abd Rani (kanan) menyampaikan ceramah bertajuk Qurban kepada peserta











GAMBAR SABRI ABD RANI

MAJLIS KORBAN PERKIM BERSAMA MUALAF
Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (as-Soffat: 104 -106)

Bagi mengenang dan mencontohi pengorbanan besar dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail dalam melaksanakan ketakwaanya kepada perintah Allah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan ‘Majlis Qurban Bersama Saudara Muslim’ bertempat di Surau al-Islah, Kuarters Inai Merah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada 27 Oktober 2012 lalu. 



Majlis yang dihadiri seramai 180 orang itu mendapat kerjasama daripada Perkim Bahagian Negeri Selangor, Ahli Jawatankuasa Surau al-Islah dan Persatuan Penduduk Kuarters Inai Merah MBPJ.

Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, Perkim meraikan Saudara Muslim bersama masyarakat setempat bagi mewujudkan ukhwah Islamiah serta mengeratkan silaturahim.

“Ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan kefahaman kepada Saudara Muslim mengenai cara penyembelihan haiwan korban secara praktikal sebagai satu ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.

Kata Farhan lagi, melalui pengorbanan itu, ia melatih kesediaan hamba-Nya untuk mengorbankan apa sahaja semata-mata kerana Allah termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta.

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. (al-Maidah: 3)

“Ia melatih peserta supaya ikhlas dalam melakukan amalan korban semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada Allah serta bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang diberikan, jelas Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim.

Katanya, sebanyak lima ekor lembu dan dua ekor kambing disumbangkan kepada Perkim untuk dikorbankan serta diagihkan kepada Saudara Muslim, fakir miskin dan penduduk setempat pada majlis yang diadakan buat kali ketiga itu.

Saudara Muslim bersama-sama penduduk setempat bersama-sama memegang haiwan korban tersebut dengan membaca Bismillah serta melaungkan takbir sambil menyembelih lembu dan kambing. Kemudian mereka memotong, melapah dan mengerat daging serta tulang haiwan korban itu untuk diagihkan.

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Baqarah : 172)

Beliau menyeru peserta hendaklah sentiasa mengingati bahawa kehidupan itu memerlukan liku-liku pengorbanan untuk menikmati kemanisan kejayaan.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah yang bertajuk ‘Qurban’ disampaikan oleh Sabri Abd Rani selaku pendakwah bebas.

Beliau memberi kesedaran dan keinsafan kepada peserta dengan menayangkan beberapa video antaranya 'Laksanakan Perintah Allah Walaupun Tiada Tangan', 'Mati Tatkala Berucap', 'Pengorbanan Cita-cita Anak', 'Pengorbanan Ayah OKU Demi Anak', 'Mati Beriman Atau Tidak?' serta 'Pengorbanan Penguin'.

Beliau turut menekankan nilai-nilai murni dalam beberapa aspek fekah antaranya mengenai kematian yang sedikit sebanyak dapat menghijrahkan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Sabri yang juga memiliki konsultan Perunding Fokus Budi mengajak peserta menghayati kesusahan, keperitan dan kesempitan hidup yang dihadapi oleh mereka yang berada di Palestin, Somalia, Afrika dan Rohingya yang jauh lebih derita berbanding di Malaysia.

Selain itu, beliau memupuk semangat berkorban sesama Muslim dengan menjaga hubungan persaudaraan, bekerjasama, perpaduan, bersatu hati, menghindari sikap tidak bermoral agar membentuk kekuatan yang perlu difahami dan dijunjung oleh setiap Muslim.

Sabri turut menceriakan peserta dengan melakukan beberapa aktiviti permainan kecekapan diri dan minda.

Peserta dihidangkan masakan daging korban di jamuan makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah di akhir majlis.

Turut hadir, Setiausaha Kerja Perkim, Zulkefli Arifin dan Pengerusi Surau al-Islah Kuarters Inai Merah MBPJ, Abu Halipah Ali.
          
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
                
PERKIM KEBANGSAAN
Tingkat 4, Bangunan PERKIM,
150 Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40426224 Faks : 03-4042 7403 
Website : www.perkim.net.my 
Email : webmaster@perkim.net.my , perkimkebangsaan@yahoo.comwww.perkim.net.my