BERITA ANIQAH





Majlis penyampaian dana penulis disampaikan oleh Dato' Seri Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.




Editor ANIQAH, Hajah Raihanah bersama Datuk Malik Noor yang turut hadir untuk memberi sokongan terhadap beliau



Taniah di ucapkan buat warga ANIQAH yang memenangi hadiah utama Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik (Majalah bahasa Melayu) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. ;)

Seminar Kebangsaan Dinar Emas


 
dinar dirham kelantan
foto: Pengerusi Kelantan Golden Trade / Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan ,
YB Dato Haji Husam Musa menyerahkan dirham kepada wakil MMP Communications.

dinar dirham kelantan

Kota Bharu - Wakil dari MMP Communications (penerbit Majalah Milenia Muslim)  menerima penajaan 800 Dirham dari Kelantan Golden Trade(KGT) sebagai penaja utama Seminar Kebangsaan Dinar Emas yang akan diadakan pada 10 Mei 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Nama-nama besar di dalam bidang ekonomi akan membentangkan kertas kerja masing-masing di dalam seminar ini. YB Dato Haji Husam Musa akan membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Mentransformasi Ekonomi Islam; Model dan Instrumentasinya".

Kelantan Golden Trade Sdn Bhd kini adalah di antara peneraju utama yang aktif di dalam perniagaan dinar emas dan dirham perak syariah di dunia semenjak ianya diperkenalkan di kelantan pada tahun 2006.

MMP Communications akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Dinar Emas yang bertemakan Dinar Emas,Pengukuhan Ekonomi Ummah pada 10 Mei 2012 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. maklumat lanjut boleh hubungi Kelantan Golden Trade  - http://www.dinarkel.com atau daftar dihttp://www.mileniamuslim.com/dinaremas.html . Objektif Seminar ini adalah untuk  menggalakkan masyarakat menyimpan dan menggunakan dinar emas dan dirham perak untuk mengukuhkan ekonomi ummah.
sumber: Kelantan Golden Trade Sdn Bhd - http://www.dinarkel.com
April 19,2012 ,

No comments:

Post a Comment